Sunday, January 25, 2009

UNTUKMU PALESTINE....


Alkisah bermula tanggal 27/12/2008

ketika itu...

semua penduduk di Malaysia sedang sibuk...

sibuk membuat persediaan ketibaan

tahun baru...2009


Namun...

tika itu bumi Palestine telah dikejutkan dengan...

dengan bedilan bom daripada kereta kebal

kereta kebal pihak musuh...

siapakah pihak musuh itu???

Mereka ialah ANGKATAN TENTERA ZIONIS

mereka menyerang tanpa ada sekelumit pun

perasaan simpati...


Di manakah perasaan simpati mereka???

mungkin...

perasaan simpati itu telah lama

terhapus dari lubuk hati mereka...

mungkin tangisan, jeritan dan raungan

suara anak-anak kecil Palestine...

wanita-wanita Palestine...

warga tua Palestine...

adalah halwa telinga mereka

untuk hiburan...


Palestine...

sesungguhnya bumimu adalah

bumi yang tiada galang gantinya...

bumimu adalah...

bumi yang penuh dengan sejarah...

bumimu mempunyai harta warisan Islam

yang tiada gantinya...

harta itu adalah...

MASJID AL-AQSA...


Sesungguhnya Islam...

mengajar umatnya untuk bersabar...

bersabar mengharungi segala dugaan yang tiba...


Namun...

adakah sebagai Islam kita hanya mampu...

mampu melihat penderitaan

saudara-saudara kita yang

sedang bergelut di Palestine???

mereka perlukan pembelaan...

mereka perlukan hak mereka kembali...

hak sebagai penduduk asal di Palestine...

bukannya hak sebagai pelarian di tanah air sendiri...


Wahai saudara-saudaraku...

bangkitlah berjuang menegakkan sesuatu yang benar...

berjuanglah sehingga ketitisan darah yang terakhir...

biarlah matimu sebagai

syahid di sisi ALLAH....


Untukmu Palestine....

aku berdoa semoga keamanan

kembali menjadi milikmu...




Friday, January 9, 2009

MY FIRST LUVE


WHAT IS LOVE??? Itu la soalan yang aku selalu tanya kat diri aku....sampai la aku sendiri mengenal erti cinta. Selama ini aku hanya cintakan Allah, Rasul ddan keluarga aku. Sampai la satu hari pada bulan Disember 2007, ada la nombor telefon sesat yang antar SMS kat aku. Tanya nama aku. Pelik betul kan. Lepas ja kenal makhluk tu aku pun say OK. "We can be friend". Selepas beberapa bulan dia ajak aku kapel. Mula-mula tu aku takut juga. Lepas tu aku pikir why not if I tried he3. Aku pun kapel la dengan dia.... Kami pun kapel la. Dia janji dengan aku nak tunggu aku habis study...Mula-mula kapel aku happy ar...pastu beberapa bulan kemudian...dia cakap dia tak bleh tunggu aku. Hu3 sedih giler aku. 4 the first time aku nangis kerana seorang lelaki. Tapi nasib baik la aku ni boleh dikatakan jenis yang kuat semangat juga la.

Aku nangis sehari jer. Kalau orang lain mesti seminggu juga. Aku tau ramai orang yang kata aku ni keras hati. Tapi itu adalah aku. Aku berjanji kat diri aku yang aku tak akan nangis lagi hanya kerana seorang lelaki. Kadang-kadang aku tak bleh nak pecaya dengan lelaki. Ntahla kadang-kadang rasa mcm tak caya langsung. Tapi kawan-kawan aku kata aku ni kejam la kalau wat mcm tu sebab aku dah menghukum semua lelaki hanya kerana seorang lelaki yang buat hal. Aku tau itu. Tapi ntah la. Hati aku macam dah tertutup untuk lelaki. Tapi tak tau la....hu3....

Tuesday, January 6, 2009

SUKA-DUKA BERGELAR STUDENT UITM....


Hellooooo....ni sambungan daripada my first blog....lepas aku habis SPM aku sambung study kat UITM Arau, Diploma Accounting. Hari first daftar best la sebab hari tu pengalaman aku yang pertama dok kat hostel hahahaha. Aku ingatkan aku nak nangis dah coz bepisah ngan family tapi...aku tak nangis pun cuma mak aku je la nangis. Biasa la kan mak mana yang tak sedih huhuhu. Lepas ja daftar aku aku pun kena join orientasi la. Mula-mula aku ingatkan best la orientasi tu....rupa-rupanya hampeh....indah khabar dari rupa. Kami semua kena ragging giler dengan senior. Senior tempik ikut suka depa ja. Berapi juga la telinga aku dengar. Tapi belakon baik je la aku ni. Kalau bukan senior memang lama dah aku sound. Tapi itu kisah lama. Ha lepas habis orientasi. Tiba la hari first kuliah. Mula-mula kuliah tu aku rasa macam senang jer Akaun ni. Tapi lepas lama belajar. Susah siot. Kalau tak tumpu memang hancur ar....
:p/s<>

Monday, January 5, 2009

PENGENALAN HIDUPKU

Aku dilahirkan pada 13 Mac 1988 di Hospital Besar Kangar tapi sekarang ni nama hospital tu Hospital Tuanku Fauziah....tapi tak pa at least i was born at that hospital...(cewah speaking la plak)....lepas aku lahir ja family aku setuju bagi nama kat aku...aku pun diberi nama Hazwani yang bermaksud 'Pemberianku' hehehehe....walaupun ringkas je nama aku tu tapi aku bangga coz bagi aku nama tu ada tuahnya hahahahaha....time aku umo 6 tahun aku tadika kat Tadika Kemas Kampung Surau kat tepi kubor lama tu....tapi tapak tadika tu dah tak da coz dah wujud jalan Long Boh kat situ. Aku umo 7 tahun aku masuk darjah satu kat Sekolah Kebangsaan Utan Aji sampai darjah enam. Best giler sekolah kat situ. Banyak suka dan duka. Lepas result UPSR tau aku masuk plak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5. Habis SPM aku dapat tawaran plak masuk UITM Arau buat Diploma in Accounting. Tapi aku study kat UITM tu setahun ja. Nak tau kenapa??? Dalam diam-diam aku minta temuduga maktab. Alhamdulillah aku diterima masuk ke Institut Perguruan Darulaman. Aku pun korbankan study aku kat UITM and sambung study kat maktab plak....