Monday, August 3, 2009

my IPDA


he3....nk tulis ape ek...
ok la...let me write about my life and my friend at IPDA...
sebenarnya menjadi seorang guru xpenah ada dlm list cita2 aku...tapi xpela dah rezeki...
mula2 memang xminat tapi sekarang dah mula mencintai dunia perguruan...
major aku Prasekolah (BM)/PJ/BI... Susah gak la struggle nk jadi cikgu ni....tapi hairan bin ajaib bila banyak orang cakap jadi cikgu ni senang...tapi jujurnya...nk jadi seorang cikgu merupakan sesuatu yang berat dan memerlukan komitmen yang tinggi. Tak bleh nak main2 time blaja....tapi aku main gak kdg2 tu ha3....biasa la nama pun stdy kan mesti la kena ada time enjoy gak.

Ok la....kelas aku ada 19 orang stdent.....sikit kan....tapi dalam 19 orang tu ada bnyk jenis perangai...
Aku pun kadang2 susah gak nk faham kwn2 aku....
It is because....kadang2 perangai mereka2 ni susah nk tafsir sikit....
Tapi oleh sebab sikap aku yang malas nk ambik pusing ngan perangai kawan2 aku ni....
Aku lebih senang berkata "Let it be"....jangan kacau aku sudah...ha3
tapi susah gak kadang2 tu...kalau yang jenis yang tak boleh nak bertoleransi tu memang payah nak wat keje ar...anyway i can cope it....

Bab belajar aku memang malas la time awl2 ni....nak tengok aku rajin tengok la time nak final exam....coz time tu aku memang tak layan sapa dah....sebab aku dok pulun baca buku he3...
lagi satu time xsaimen xpenah nk wat awl2....dekat2 date line baru la aku wat...
pastu mula la tak tdo mlm...tapi time tu la yg paling best sebab banyak idea yg ada time tu...
tapi jgn la tiru aku sebab tu namanya menyiksa badan or seksaan fizikal dan mental...

Sepanjang aku menuntut ilmu kat IPDA ni ada banyak kisah suka dan duka aku...
Benda yang paling best ialah dapat kenal kawan2 aku...walaupun banyak perangai mereka2 yang aku xphm....benda yang paling xbest time dapat banyak xsaimen ha3....serabut wei...kui3
Tapi pengalaman banyak mematangkan aku untuk jadi seorang yang rasional dalam apa2 pun....


that's all 4 now k....

Friday, March 20, 2009

boring....

aku baru je habis baca satu novel melayu tu... memang interesting la jalan cita novel tu....lepas ja aku baca novel tu aku dapat banyak pengajaran...walaupun gaya penulisan yang ditulis oleh penulis agak santai...tapi i like it...melalui novel yg aku baca tu aku dapat nice moral value....sebab kadang2 aku rasa give up ja time2 study tu...mcm2 sebab aku jadi give up...sebab kawan2 la...sebab tak bleh nak tumpu dalam kelas la...sebab wat keja last minit la...mcm2 lagi la...tapi lepas ja aku baca novel tu aku tau kita tak seharusnya cepat give up...sebab setiap masalah ada penyelesaiannya...sebenarnya...aku ni jenis takutkan hakikat walaupun aku tak suka orang tipu aku tapi aku takut nak hadapi hakikat kehidupan yang sebenar...satu lagi moral value yang aku dapat...walau di bumi mana pun kita ada...kita tetap akan berjaya dengan usaha yang kita wat apa yang penting sekarang ni...kita harus berani terima kritikan...berani meluahkan apa yang terbuku dalam hati...sebab kalau simpan lama2 takut satgi meletup pulak...so luahkan walaupun kepada bintang atau bulan...biar tak terbeban perasaan kita...kadang2 kita tak mudah untuk menutup mulut orang dari mengkritik apa yang kita lakukan...tapi setiap kritikan itu kita jadikan pedoman tapi just ambik yang positif je la jangan la yang negatif pun kita belasah juga...apa yang penting time terima kitikan tu kita mesti pandai kawal perasaan...calm down je..jgn terus mengamuk...biar org yang kritk tu habis kritik baru la kita luahkan pendapat kita plak...that's all

Sunday, January 25, 2009

UNTUKMU PALESTINE....


Alkisah bermula tanggal 27/12/2008

ketika itu...

semua penduduk di Malaysia sedang sibuk...

sibuk membuat persediaan ketibaan

tahun baru...2009


Namun...

tika itu bumi Palestine telah dikejutkan dengan...

dengan bedilan bom daripada kereta kebal

kereta kebal pihak musuh...

siapakah pihak musuh itu???

Mereka ialah ANGKATAN TENTERA ZIONIS

mereka menyerang tanpa ada sekelumit pun

perasaan simpati...


Di manakah perasaan simpati mereka???

mungkin...

perasaan simpati itu telah lama

terhapus dari lubuk hati mereka...

mungkin tangisan, jeritan dan raungan

suara anak-anak kecil Palestine...

wanita-wanita Palestine...

warga tua Palestine...

adalah halwa telinga mereka

untuk hiburan...


Palestine...

sesungguhnya bumimu adalah

bumi yang tiada galang gantinya...

bumimu adalah...

bumi yang penuh dengan sejarah...

bumimu mempunyai harta warisan Islam

yang tiada gantinya...

harta itu adalah...

MASJID AL-AQSA...


Sesungguhnya Islam...

mengajar umatnya untuk bersabar...

bersabar mengharungi segala dugaan yang tiba...


Namun...

adakah sebagai Islam kita hanya mampu...

mampu melihat penderitaan

saudara-saudara kita yang

sedang bergelut di Palestine???

mereka perlukan pembelaan...

mereka perlukan hak mereka kembali...

hak sebagai penduduk asal di Palestine...

bukannya hak sebagai pelarian di tanah air sendiri...


Wahai saudara-saudaraku...

bangkitlah berjuang menegakkan sesuatu yang benar...

berjuanglah sehingga ketitisan darah yang terakhir...

biarlah matimu sebagai

syahid di sisi ALLAH....


Untukmu Palestine....

aku berdoa semoga keamanan

kembali menjadi milikmu...




Friday, January 9, 2009

MY FIRST LUVE


WHAT IS LOVE??? Itu la soalan yang aku selalu tanya kat diri aku....sampai la aku sendiri mengenal erti cinta. Selama ini aku hanya cintakan Allah, Rasul ddan keluarga aku. Sampai la satu hari pada bulan Disember 2007, ada la nombor telefon sesat yang antar SMS kat aku. Tanya nama aku. Pelik betul kan. Lepas ja kenal makhluk tu aku pun say OK. "We can be friend". Selepas beberapa bulan dia ajak aku kapel. Mula-mula tu aku takut juga. Lepas tu aku pikir why not if I tried he3. Aku pun kapel la dengan dia.... Kami pun kapel la. Dia janji dengan aku nak tunggu aku habis study...Mula-mula kapel aku happy ar...pastu beberapa bulan kemudian...dia cakap dia tak bleh tunggu aku. Hu3 sedih giler aku. 4 the first time aku nangis kerana seorang lelaki. Tapi nasib baik la aku ni boleh dikatakan jenis yang kuat semangat juga la.

Aku nangis sehari jer. Kalau orang lain mesti seminggu juga. Aku tau ramai orang yang kata aku ni keras hati. Tapi itu adalah aku. Aku berjanji kat diri aku yang aku tak akan nangis lagi hanya kerana seorang lelaki. Kadang-kadang aku tak bleh nak pecaya dengan lelaki. Ntahla kadang-kadang rasa mcm tak caya langsung. Tapi kawan-kawan aku kata aku ni kejam la kalau wat mcm tu sebab aku dah menghukum semua lelaki hanya kerana seorang lelaki yang buat hal. Aku tau itu. Tapi ntah la. Hati aku macam dah tertutup untuk lelaki. Tapi tak tau la....hu3....

Tuesday, January 6, 2009

SUKA-DUKA BERGELAR STUDENT UITM....


Hellooooo....ni sambungan daripada my first blog....lepas aku habis SPM aku sambung study kat UITM Arau, Diploma Accounting. Hari first daftar best la sebab hari tu pengalaman aku yang pertama dok kat hostel hahahaha. Aku ingatkan aku nak nangis dah coz bepisah ngan family tapi...aku tak nangis pun cuma mak aku je la nangis. Biasa la kan mak mana yang tak sedih huhuhu. Lepas ja daftar aku aku pun kena join orientasi la. Mula-mula aku ingatkan best la orientasi tu....rupa-rupanya hampeh....indah khabar dari rupa. Kami semua kena ragging giler dengan senior. Senior tempik ikut suka depa ja. Berapi juga la telinga aku dengar. Tapi belakon baik je la aku ni. Kalau bukan senior memang lama dah aku sound. Tapi itu kisah lama. Ha lepas habis orientasi. Tiba la hari first kuliah. Mula-mula kuliah tu aku rasa macam senang jer Akaun ni. Tapi lepas lama belajar. Susah siot. Kalau tak tumpu memang hancur ar....
:p/s<>

Monday, January 5, 2009

PENGENALAN HIDUPKU

Aku dilahirkan pada 13 Mac 1988 di Hospital Besar Kangar tapi sekarang ni nama hospital tu Hospital Tuanku Fauziah....tapi tak pa at least i was born at that hospital...(cewah speaking la plak)....lepas aku lahir ja family aku setuju bagi nama kat aku...aku pun diberi nama Hazwani yang bermaksud 'Pemberianku' hehehehe....walaupun ringkas je nama aku tu tapi aku bangga coz bagi aku nama tu ada tuahnya hahahahaha....time aku umo 6 tahun aku tadika kat Tadika Kemas Kampung Surau kat tepi kubor lama tu....tapi tapak tadika tu dah tak da coz dah wujud jalan Long Boh kat situ. Aku umo 7 tahun aku masuk darjah satu kat Sekolah Kebangsaan Utan Aji sampai darjah enam. Best giler sekolah kat situ. Banyak suka dan duka. Lepas result UPSR tau aku masuk plak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Kangar dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5. Habis SPM aku dapat tawaran plak masuk UITM Arau buat Diploma in Accounting. Tapi aku study kat UITM tu setahun ja. Nak tau kenapa??? Dalam diam-diam aku minta temuduga maktab. Alhamdulillah aku diterima masuk ke Institut Perguruan Darulaman. Aku pun korbankan study aku kat UITM and sambung study kat maktab plak....